MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2018 /1439 HIJARIAH
===========================================================
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI PASUKAN KOMPANG TAMAN BAKRI MAKMUR MUAR JOHOR
==========================================================
PASANG PELITA LIKUR SAMBUT SUASANA HARI RAYA
Bermula pada malam 8.6 2018,penduduk2 Taman Bakri Makmur telah menghidupkan suasana menjelang hari raya aidil fitri 2018 dengan bersama sama bergotong royong memasang pelita likur bertempat dipadang bola TBM
Pelita2 disusun mengikut perkataan2 yang telah dibentuk pada framenya seperta ,TBM RAYA 18 DAN perkataan JDT.memang nampak suasana meriahnya.
Yang ini hamba tak tahu apa maksup nya he3.Kerja2 ini dilakukan oleh anak2 muda TBM,terima kasih kami dari penduduk2 TBM kepada genarasi muda TBM .Thank u very much
=============================================
PROGRAM KACAU DODOL AIDIl FITRI 2018
.Program bermula dari tarikh 9.6.2018 jam 8.00 am dengan peringkat awal seperti kerja mengerat gula melaka dan persediaan awal membuat dodol dilakukan oleh kaum ibu2 TBM.
Manakala kerja2 mengancau dodol dilakukan oleh kaum bapa serta anak2 penduduk Taman Bakri Makmur.
"steady din"
Pada sebelah malamnya giliran kaum ibu membuat kerja2 packing untuk diagihkan kepada ahli2 yang terlibat dalam program ini ,terima kasih kami ucapkan.
Namun bagitu tampa sokongan dari penduduk2 TBM,program tidak akan terlaksana,Terima ksaih kepada semua yang terlibat dalam program ini,sekurang2 dapat menjalin ikatan hubungan silaturahim,pengalaman dan menjadi contoh kepada genarasi anak2 dimasa akan datang.Dalam kita menyambut suasana menjelang hari raya aidil fitri.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ROGRAM GOTONG ROYONG BUAT PELITA RAYA AIDIL FITRI 2018
"HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT" itulah cogan kata yang dipegang oleh penduduk2 Taman Bakri Makmur dalam menghidupkan malam suasana menyambut hari raya 2018/1439 hijrah
.Pada tarikh 7 jun 2018 jam 8.00 malam bertempat di rumah EN Fakaruddin Penduduk2 Taman Bakri Makmur terdiri daripada remaja.ibu2 bapa2 dan dewasa telah sama2 bergotong royong membena sepanduk dari buluh dan pelita.
Sepandok yang di buat dari batang buluh dibentuk menjadi tulisan yang akan digantungkan pelita dengan cahaya yang bertulis TBM RAYA 18" dan akan didirikan didalam padang bola TBM bermula malam 7 jun 2018 sehingga pertengahan raya aidil fitri
Semoga apa2 jua program yang dilakukan oleh penduduk TBM dapat mejalinkan hubungan silaturahim/tolong menolong/bantu membantu agar ia menjadi chontoh yang berguna , terutama untuk golongan anak2 dan remaja.
---------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM GOTONG ROYONG PERANGI AEDES
Semuga dengan terlaksananya program ini,sekurang2nya dapat mencegak nyamuk aedes dari membiak.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memjayakan program ini.
==================================================
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
- Mudah lebam
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
- Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
- Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
- Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Tarikh : 21.4. 2018
Masa : 7.30 pagi
Tempat :Padang bola Taman Bakri Makmur
Mesyuarat AJK KRT bersama sama dengan SWM ENVIROMENT & SWCorp, Pejabat Kesehata Muar dan Majlis Perbandaran Muar telah bersetuju untuk mengadakan hari gotong royong pedana pada tarikh dan masa diatas.Tujuan gotong royong pedana diadakan adalah bagi mencegak pembiakan nyamuk aedis yang sekarang ini sedang berlaku di sekeliling taman besebelahan dengan taman bakri makmur.
Antara keputusan mesyuarat yang dibentangkan:
1. Semua penduduk TBM dikehendaki berkumpul di padang bola pada masa dan tarikh sebagaimana di atas dengan tiada membawa sebarang kelengkapan, semuanya telah disediakan.
2. Sarapan pagi akan disediakan sebelum (ringan) dan selepas (berat sikit) kerja kerja gotong royong.
3. Pada 20.4.18 Minta kerjasama dari penduduk semua sekira ada barang2 lama (buruk) yang tidak boleh digunakan dan boleh menjadi tempat membiak nyamuk aedias seperti masin basuh, peti ice dan lain2. tuan puan boleh kumpulkan barang2 itu semua didepan rumah masing2,nanti pihak SWM akan membuangnya
HARAPAN DARI PENGERUSI KRT,AJK TAMAN BAKRI MAKMUR,MARI LAH KITA SAMA SAMA MENJAYAKAN GOTONG ROYONG PENDANA "MENCEGAH NYAMUK AEDIS DARI MEMBIAK"
_________________________________________________________________________
KELAS AGAMA (WANITA)
Tarikh : 20,4,2018
Tempat: No 14 jalan 7/4 Taman Bakri Makmur
Kelas agama akan diadakan seperti biasa untuk kaum perempuan.kepada ibu2 yang kelapangan boleh lah hadir mengikuti kelas agama tersebut.
No comments:
Post a Comment