SELAMAT DATANG KE BLOG TAMAN BAKRI MAKMUR
DI PAGE PAKATAN TBM
DI PAGE PAKATAN TBM
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Assalammulaikum. Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.Segala puji bagi Allah s.w.t pemilik sekian alam.Selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w ahli keluarga baginda dan sesiapa mengikut mereka dengan keimanan dan keikhlasan hingga lah ke hari kiamat.
Hidup sepakat bermaksud hidup yang membawa sikap berkerjasama dikalangan penduduk manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan . Jika sesebuah masyarakat mengamalkan sikap ini,nescaya hidup kita sentiasa aman dan damai.
Amalan bermuafakat perlu dipratikkan dalam kehidupan kita seharian.Bergotong-royong dalam melakukan sesuatu perkerjaan adalah contoh semangat permuafakatan dalam masyarakat.
Namun begitu ,dengan semangat tolong-menolong dan kerjasama hidup mereka dalam keadaan harmoni, menjadi contoh kepada anak2 sedang meningkat dewasa di taman bakri makmur ini.bak kata perpatah 'kalau hendah meluntur buluh biar dari rebung"
Amalam bantu-membantu dan kerjasama membawa banyak kebaikan. Kehidupan aman dan damai serta pembangunan yang dijalankan adalah untuk dimanfaatkan oleh penduduk Taman Bakri Makmur ini.
Oleh itu ,ungkapan "hidup sepakat membawa berkat" wajar dihayati dan di amalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia mendatangkan banyak kebaikan.
HENDAK BELAYAR KE TELUK BENTUNG
SAMBIL BELAYAR LABUH PUKAT
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA MAUFAKAT
------------------------------------------------------------------------
PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
2018 BERSAMAAN 1439 MASIHI
Untuk makluman ahli pakatan dan pendudukan TBM,pada 14.5.2018 pada jam 9.30 malam dirumah Encik Fakaruddin dengan dihadiri oleh Pengerusi TBM En wan, serta ahli jawatan kuasa pakatan Taman Bakri Makmur telah mengadakan mesyuarat bagi tujuan mengadakan program sepanjang bulan puasa dan program Marhaban sempena sambutan hari raya aidil fitri 2018 bersamaan 1439 masihi.
Dalam mesyuarat itu,berapa cadangan telah diajukan oleh pengerusi pakatan TBM dan ahli serta mendapat persetujuan sebulat suara bagi memeriahkan lagi suasana sambutan bulan ramadan dan shawal.Antara cadangannya adalah:
Pasang pelita (likur) disekitar Taman Bakri Makmur
Pasang pelita hari raya. Ahli-ahli telah melantik EN fakiruddin mengetuai kerja2 mencari bahan-bahan dengan di bantu oleh berapa orang ahli dan pelita itu akan dipasang 10 terakhir pada bulan ramadan.
Bergotong Royong membuat dodol dan kuih raya aidil fitri
Cadangan membuat kuih dodol bergotong-royong telah memdapat sambutan dari ahli dan kepada ahli-ahli dan penduduk taman yang berminat ingin turut serta bolehlah berhubung dengan pengerusi taman.Namun jumlah kutipan perbelanjaan masih lagi di peringkat perbincangan
Program Marhaban hari raya aidil fitri 2018 bersamaan 1439 Masihi
Untuk makluman semua ahli ahli pakatan dan penduduk2 Taman Bakri, Pengerusi dan ahli jawatan kuasa telah bersetuju untuk mengadakan Program marhaban pada tahun ini dalam masa satu hari saja,bermula dari jam 8.00 hingga 5.00 pm pada 23.6.2018 bersamaan dengan 9 shawal 1439 masihi (marhaban dari rumah ke rumah).Selesai sahaja marhaban kira 2 jam 5.00 petang, semua sekali dikendaki berkumpul dipadang bola Taman Bakri Makmur,kerana disana nanti akan diadakan jamuan hari raya aidil fitri yang disediakan oleh katering.
Untuk menjayakan progran Marhaban ini,Pengerusi dan Ajk pakatan telah bersetuju untuk membuat kutipan RM 50.00 setiap keluarga. Mana mana ahli dan penduduk TBM yang berminat dengan program ini, bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi TBM.En Wan.
.
Antara menu2 yang dicadangkan dan dipersetujui:
Nasi beriani
kambing masak korma
Ayam masak merah
Darcha daging
Pencuk
Buah buahan
Air sirap limau
(disediakan oleh katering)
Kuih Raya
(sumbangan dari penduduk TBM)
" you are fire!!!!!!!!!!
Inshaallah ...Semoga apa juga dirancangkan oleh Pengerusi serta ahli jawatankuasa Taman Bakri Makmur ini harap memdapat sambutan dari penduduk Taman ini. Tujuannya adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan cogan kata "HIDUP BERKAT MEMBAWA BERKAT" .Sebarang perubahan akan di beritahu dari masa kesemasa.
Sekian terima kasih ..wassalam
No comments:
Post a Comment